Sunday, September 7, 2008

Jangan Tersilap Langkah

Kesedaran berlaku kebanyakan kali setelah kita melakukan satu kesilapan.
Kesilapan berlaku kerana kita melakukan sesuatu tanpa memikirkan panjang lebar keadaan itu dan membuat kesilapan secara terburu-buru, tidak rasional dan menilai secara emotional.

Itu yang menyebabkan kita kadang-kala tersilap langkah dan membuat penilaian yang silap terhadap sesuatu keadaan.

Saya rasa ini satu pembelajaran yang perlu kita pelajari dari masa ke semasa supaya sebelum kita membuat sebarang penilaian, keputusan atau perbincangan terutama kepada mereka yang dipilih sebagai pemimpin.

Oleh itu, sama-sama kita pelajari bagaimana menjadi seorang pemimpin yang baik yang akan saya bicarakan untuk blog yang seterusnya.

Saturday, September 6, 2008

Sambungan...Susah sangatkah untuk meminta maaf?

Susah sangatkah untuk meminta maaf?
Itu adalah soalan yang saya lontarkan untuk tajuk perbincangan kedua saya. Tersilap tekan dan menyebabkan saya telah menulis satu tajuk yang tergantung.

Jadi adakah susah sangatkah untuk kita mengeluarkan kata-kata untuk meminta maaf ?

Kita manusia biasa sering kali melakukan kesilapan, samada kita telah tersilap ataupun pihak orang lain yang tersalah anggap terhadap kita. Kedua-dua inilah yang menyebabkan salah faham berlaku sesama manusia dan kedua-dua faktor inilah juga yang boleh menimbulkan jurang persefahaman yang mendalam atau mengeratkan jurang itu supaya lebih intim dan erat akibat saling faham-memahami.

Perpaduan Teras Kejayaan yang memberi maksud sesuatu kejayaan muncul kerana wujudnya perpaduan yang erat. Perpaduan pula membawa maksud persesuaian daripada mana-mana pihak yang berlainan untuk menjadi satu. Oleh itu nilai murni seperti nilai maaf-memaafan tanpa menuding jari kepada orang lain satu nilai yang mulia yang perlu diamalkan.

Adakah itu bermaksud orang yang memulakan kata-kata meminta maaf itu satu yang memalukan dan merendahkan maruah diri?

Sudah semestinya tidak, kerana semakin seseorang itu merendahkan diri melambangkan semakin tinggi kemuliaan diri seseorang itu. Tindakan ini adalah bertujuan untuk mententeramkan keadaan dan persekitaran malah untuk mencari jalan penyelesaian secara damai demi rakyat dan negara.

Oleh itu dalam bulan kemerdekaan yang kebetulan jatuh pada bulan Ramadhan ini biarlah kita saling maaf-memaafan dengan niat yang baik untuk kedamaian.

Jadi balik semula kepada persoalan saya: susah sangatkah untuk meminta maaf?
Sama-samalah kita renung sejenak dan memandang serious kepada persoalan ini, saya pasti kita ada jawapannya.

JSS bukan sesuatu yang susahkan?
Yes 'Just Say Sorry' adalah percuma untuk semua mempraktikkannya.

Is it so hard to say sorry?

My English is not good but I think is good to try and write something, if I can't write it in English I will mix with Malay.

Is it so hard to say sorry?

Bermulanya di sini...

Akhirnya dengan bantuan dan tunjuk ajar serta sokongan suami saya, dapat juga saya mencipta blog saya yang mudah ini. Tidak pernah terlintas pun untuk menulis blog kat sini tetapi apabila melontarkan idea-idea ketika perbincangan, saya rasa adalah baik ia dijadikan satu penulisan yang dapat membantu saya untuk mengingati dan melahirkan pendapat-pendapat yang berguna. Oleh itu bermulanya di sini, saya rasa akan lebih membantu saya untuk melahirkan idea-idea yang bermakna. Terima kasih kepada suami saya tersayang, kawan yang telah menulis blog mereka. Yang pentingnya saya perlu rajin melakukan sesuatu mulanya saat-saat ini. Cheers!