Saturday, September 6, 2008

Sambungan...Susah sangatkah untuk meminta maaf?

Susah sangatkah untuk meminta maaf?
Itu adalah soalan yang saya lontarkan untuk tajuk perbincangan kedua saya. Tersilap tekan dan menyebabkan saya telah menulis satu tajuk yang tergantung.

Jadi adakah susah sangatkah untuk kita mengeluarkan kata-kata untuk meminta maaf ?

Kita manusia biasa sering kali melakukan kesilapan, samada kita telah tersilap ataupun pihak orang lain yang tersalah anggap terhadap kita. Kedua-dua inilah yang menyebabkan salah faham berlaku sesama manusia dan kedua-dua faktor inilah juga yang boleh menimbulkan jurang persefahaman yang mendalam atau mengeratkan jurang itu supaya lebih intim dan erat akibat saling faham-memahami.

Perpaduan Teras Kejayaan yang memberi maksud sesuatu kejayaan muncul kerana wujudnya perpaduan yang erat. Perpaduan pula membawa maksud persesuaian daripada mana-mana pihak yang berlainan untuk menjadi satu. Oleh itu nilai murni seperti nilai maaf-memaafan tanpa menuding jari kepada orang lain satu nilai yang mulia yang perlu diamalkan.

Adakah itu bermaksud orang yang memulakan kata-kata meminta maaf itu satu yang memalukan dan merendahkan maruah diri?

Sudah semestinya tidak, kerana semakin seseorang itu merendahkan diri melambangkan semakin tinggi kemuliaan diri seseorang itu. Tindakan ini adalah bertujuan untuk mententeramkan keadaan dan persekitaran malah untuk mencari jalan penyelesaian secara damai demi rakyat dan negara.

Oleh itu dalam bulan kemerdekaan yang kebetulan jatuh pada bulan Ramadhan ini biarlah kita saling maaf-memaafan dengan niat yang baik untuk kedamaian.

Jadi balik semula kepada persoalan saya: susah sangatkah untuk meminta maaf?
Sama-samalah kita renung sejenak dan memandang serious kepada persoalan ini, saya pasti kita ada jawapannya.

JSS bukan sesuatu yang susahkan?
Yes 'Just Say Sorry' adalah percuma untuk semua mempraktikkannya.

No comments: